Saturday, March 9, 2013


Program :  Program Khidmat Komuniti
                    K1M Kongsi/PLKN Sri    
                    Mutiara

Tempat   :  Sekolah Kebangsaan Kongsi      

                   Balik Pulau

 Tarikh    : 9 March 2013 ( Sabtu)


Pada  9 March 2013,  pihak KIM Kongsi dan dan seluruh warga kem  PLKN Sri Mutiara Balik Pulau telah menganjurkan program Khidmat Komuniti..Objektif program ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara masyarakat selain memupuk semangat perpaduan yang positif kepada peserta PLKN yang terdiri daripada generasi muda.Di antara pengisian program ini adalah  gotong- royong pembersihan kawasan setempat dan juga kenduri rakyat. Keseluruhannya program ini berjaya mencapai objektifnya, disamping mendapat sambutan yang amat memberangsangkan di kalangan masyarakat setempat dan warga PLKN


















Tuesday, August 7, 2012

Sekalung Tahniah Dan Penghargaan

Tahniah kepada Jaguh Badminton Negara Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya memenagi pingat perak secara berturut-turut buat kali ke-2 di Temasya Sukan Olimpik 2012 di Landon .Walaupun gagal merealisasikan harapan mendapat pingat emas pertama Malaysia di Temasya sukan terbesar dunia ini, tetapi pencapaian mendapat pingat Perak ini tetap menjadi suatu kebanggaan bagi seluruh 28 juta rakyat Malaysia kerana beliau telah berjuang berhabis-habisan . Syabas Perwira!



Wa

Saturday, June 2, 2012

Daulat Tuanku! Selamat menyambut Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 02 Jun 2012...




Tuesday, May 22, 2012

SELAMAT HARI BELIA 2012




Pihak JKKP Kongsi mengucapkan Selamat Hari Belia Negara 2012 dan selamat berhimpun kepada jutaan belia pada 23 Mei hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya.Sesungguhnya belia adalah tonggak penting yang akan meneruskan kesinambungan masa  depan kepimpinan negara kelak..Selamat Hari Belia Negara dan selamat maju jaya ! salam 1 Malaysia

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

Pihak JKKP Kongsi dan seluruh rakyat Malaysia amNYA mengucapkan selamat hari guru kepada seluruh guru-guru di seluruh Malaysia dan dunia.Sesungguhnya,  jasa dan pengorbanan seorang guru untuk mendidik dan membentuk sahsiah para pelajar amat besar dan tidak ternilai kepada agama bangsa dan negara.
       Oleh itu  seharusnya para guru terus berusaha menanamkan azam untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik bersesuaian dengan tema hari guru tahun ini ' GURU INOVATIF MELONJAKKANTRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA '

Sunday, May 6, 2012

SELAMAT HARI IBU

Pihak JKKP Balik Pulau mengucapkan selamat hari ibu kepada seluruh wanita yang telah atau yang bakal bergelar ibu.Sesungguhnya pengorbananmu di kenang dan tidak mampu di balas.Bak kata pepatah tangan yang menghayun buaian bisa mengoncang dunia. 'SELAMAT HARI IBU'

Wednesday, April 11, 2012

 PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG KE-14


Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang menaiki takhta menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin dari Terengganu, ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.
Ini adalah satu-satunya peristiwa kenegaraan tertinggi bagi Malaysia. Peristiwa ini menepati kehendak Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memperuntukkan: "Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan..."
Frasa Kepala Utama Negara di bawah Perkara 32(1) itu tanpa sebarang keraguan atau kesamaran meletakkan Raja bagi Persekutuan Malaysia sebagai peneraju utama bagi negara ini.
Peruntukan ini yang telah sedia sedemikian semenjak berkuatkuasanya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, susulan kepada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Lord Reid selaku pembentuk kerangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Pada masa yang sama, Perkara 32(2) pula memperuntukkan bahawa "Permaisuri Yang di-Pertuan Agong yang digelar Raja Permaisuri Agong adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong."
Sementara Perlembagaan Persekutuan menentukan format dan bentuk lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong seperti yang terkandung di Jadual Keempat, Permaisuri Agong tidak dikehendaki melafaz apa-apa bentuk sumpah jawatan sekalipun Baginda diberi penarafan dan kedudukan tertinggi selepas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (SPBYDA).
Tuanku Abdul Halim adalah satu-satunya Sultan yang berpeluang ditabalkan sebagai SPBYDA bagi kali kedua. Baginda menduduki takhta SPBYDA kelima bagi tempoh 1970 hingga 1975, tempoh yang ditransisikan masing-masing oleh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra dan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein. Tuanku Abdul Halim adalah kemanakan kepada Tunku.
Dalam konteks sejarah, Tuanku Abdul Halim juga menempa sejarah. Perdana Menteri dalam tempoh pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong sebelum ini ialah Tun Abdul Razak. Kini anakandanya, Datuk Seri Najib pula sebagai Perdana Menteri.
Baginda adalah SPBYDA pertama yang mula bersemayam di Istana Negara Baru. Pada majlis gilang-gemilang 11 April, SPBYDA yang ke-14 akan menjalani semua acara tradisional diraja pada sebelah pagi hingga malam apabila santapan pertabalan diraja berlangsung.

SUMBER: http://apakata.blogspot.com/

Monday, April 2, 2012


Program gotong-royong membasmi nyamuk aedes anjuran JKKKP Kongsi bersama Jabatan Kesihatan Daerah Barat Daya telah diadakan pada 18 haribulan Mac 2012 Ahad,Jam 8.30 Pagi bertempat  Paya Kongsi, Belakang Masjid ,Seberang Jalan, dan Permatang Timbul. Keseluruhannya program ini telah mendapat sambutan yang baik dan mencapai objektif yang disasarkan.





Penduduk kampung sedang menunggu ketibaan Pegawai dari Jabatan Kesihatan


Penduduk sedang berbincang tentang kawasan yang hendak dibersihkan

Encik Ahmad Isni - Urusetia program

Penduduk sedang melihat kain rentang program 


Pegawai dari Jabatan Kesihatan sedang memberi penerangan tentang kawasan pembiakan nyamuk aedes dan  cara -cara mencegah 


                                               Penduduk sedang tekun mendengar taklimat .

Saturday, March 24, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE 205


Pihak JKKKP Kongsi mengucapkan selamat menyambut Hari Polis ke-205 kepada semua warga kerja pasukan PDRM, Semoga PDRM terus gagah dan cekal berkhidmat demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Salam 1 Malaysia

Monday, February 6, 2012


JJKKKP Kongsi mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat islam dan selamat menyambut hari Thaipusam kepada penganut agama Hindu.Salam I Malaysia..Wasalam

Sunday, January 22, 2012

JKKKP Kongsi wishes all Chinese community around Balik Pulau a Happy Chinese New Year, May this year of dragon will give us more peaceful, harmony and unity in spirit of 1Malaysia.

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru 2012  
                                            
Pihak JKKKP Kongsi mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 kepada kepada seluruh rakyat Malaysia.Semoga kita dapat terus hidup aman- damai serta bersyukur dengan kemakmuran dan rezeki yang kita nikmati kini.Marilah bersama-sama kita martabatkan maruah agama bangsa dan negara kita di tahun 2012 ini.
Salam 1 Malaysia

Sunday, December 25, 2011

Selamat Menyambut Hari Natal 2011

Pihak JKKKP Kongsi mengucapkan selamat hari Natal kepada penganut-penganut agama Kristian dan kepada seluruh rakyat Malaysia amNYa. Salam 1 Malaysia

Tuesday, December 13, 2011


Daulat Tuanku ! Pertabalan Yang Dipertuan Agong ke -14 


Pihak JKKKP dan seluruh rakyat jelata mengucapkan  tahniah, Menjunjung titah dan Merafak Sembah  kepada Kebawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah , DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,diatas pertabalan sebagai Yang DiPertuan Agong Malaysia yg ke 14.Seluruh rakyat jelata sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku agar dapat memerintah negara ini dengan adil dan saksama.Daulat Tuanku! 

 Tuanku Mizan Tamatkan Perkhidmatan Sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-13




Daulat Tuanku! dan Menjunjung Kasih !. Setelah lima tahun menerajui takhta kerajaan persekutuan selaku Yang Dipertuan Agong Ke 13, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini secara rasminya menamatkan pemerintahan baginda.Seluruh  
Yang Dipertuan Agong termuda dalam sejarah negara itu akan digantikan dengan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang Dipertuan Agong Ke 14.
Serentak itu berlangsung istiadat keberangkatan balik Tuanku Mizan dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Majlis bermula seawal jam 9 pagi di Istana Negara, dengan Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah menerima ucapan perpisahan dari kakitangan istana.


Dan disusuli dengan ucapan perpisahan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor ketika majlis mengadap Yang Dipertuan Agong.

Ketika berangkat meninggalkan Istana Negara, baginda melintasi pasukan kawalan kehormat oleh  Batalion ke-6 Rejimen Renjer Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 45 anggota lain-lain pangkat yang diketuai Mejar Mohd Zaffar Ismail. Bagi pihak JKKKP dan seluruh rakyat jelata ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada baginda dan sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 84, seterusnya akan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Sunday, November 20, 2011

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433

JKKKP Kongsi mengucapkan kepada muslimin dan muslimat selamat menyambut MAAL HIJRAH 1433.
Semoga dengan kedatangan tahun baru ini dapat memberi semangat dan meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNYA. Di harap para muslimin muslimat dapat bersatu padu dalam menghadapi cabaran di masa akan  datang, dan mengekalkan keharmonian sesama umat islam di negara kita.

Sunday, September 4, 2011

PUASA SUNAT DI BULAN SYAWAL


PUASA ENAM

PUASA ENAM IBARAT PUASA SETAHUN
Alhamdulillah kita tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan 1433H akan datang.
Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.
Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Nabi Muhammad saw. bersabda “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh.”
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha’ di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha’ puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?
Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.
Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.
Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.
Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.
Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.
Ada juga pendapat menggariskan : `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.
Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `setiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.
Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.’
Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.
Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.
Di antara tanda kita mengasihi akan Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingati / menyebut) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah. Mana yang dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati menyintai nabi dan para ulama, insyallah kita bersama mereka di akhirat . Bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan penyanyi? Nauzubillah…
Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.
“Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya..” Amin.
Wallahualam.

Sunday, August 28, 2011



JKKKP KONGSI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE -54 DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2011 KEPADA SELURUH MUSLIMIN & MUSLIMAT,  MAAF ZAHIR BATIN, SALAM AIDILFITRI DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Monday, August 1, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAAN AL MUBARAK  KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. Di kesempatan ini pihak JKKKP Kongsi mengharapkan agar dibulan Ramadan ini, marilah kita banyakkan amal ibadat semoga kita semua diberkati Allah di bulan yang penuh barakah ini. Insyallah.....

Sunday, July 10, 2011

LUPAKAH KITA PADA SALAH SATU PEGANGAN RUKUN NEGARA?


ATAU AKAN HILANGKAH KUASA RAJA-RAJA MELAYU ? !  ALANGKAH SEDIHNYA JIKA SEBUAH BANGSA DAN RAKYAT NYA SENDIRI SANGGUP MENJATUHKAN KUASA SEORANG RAJA YANG BERDAULAT KELUAR TERHINA DARI SEBUAH ISTANA YANG MERUPAKAN LAMBANG KEMEGAHAN DAN KEDAULATAN SESEBUAH NEGARA.fIKIR-FIKIRLAH WAHAI BANGSAKU!  JANGAN DI ULANG PEPATAH..MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI!!! SEDARLAH TANPA SEBUAH NEGARA YANG BERDAULAT TAK MUNGKIN KITA AKAN HIDUP AMAN  DAN DAMAI DI SAMPING MENGECAPI SEGALA NIKMAT CIPTAAN TUHAN.SEMOGA KITA KEMBALI KE PANGKAL JALAN DAN KEMBALI BERSATU!  SALAM 1 MALAYSIA