Tuesday, December 13, 2011


 Tuanku Mizan Tamatkan Perkhidmatan Sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-13




Daulat Tuanku! dan Menjunjung Kasih !. Setelah lima tahun menerajui takhta kerajaan persekutuan selaku Yang Dipertuan Agong Ke 13, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini secara rasminya menamatkan pemerintahan baginda.Seluruh  
Yang Dipertuan Agong termuda dalam sejarah negara itu akan digantikan dengan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang Dipertuan Agong Ke 14.
Serentak itu berlangsung istiadat keberangkatan balik Tuanku Mizan dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Majlis bermula seawal jam 9 pagi di Istana Negara, dengan Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah menerima ucapan perpisahan dari kakitangan istana.


Dan disusuli dengan ucapan perpisahan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor ketika majlis mengadap Yang Dipertuan Agong.

Ketika berangkat meninggalkan Istana Negara, baginda melintasi pasukan kawalan kehormat oleh  Batalion ke-6 Rejimen Renjer Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 45 anggota lain-lain pangkat yang diketuai Mejar Mohd Zaffar Ismail. Bagi pihak JKKKP dan seluruh rakyat jelata ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada baginda dan sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 84, seterusnya akan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

No comments:

Post a Comment