Sunday, December 25, 2011

Selamat Menyambut Hari Natal 2011

Pihak JKKKP Kongsi mengucapkan selamat hari Natal kepada penganut-penganut agama Kristian dan kepada seluruh rakyat Malaysia amNYa. Salam 1 Malaysia

Tuesday, December 13, 2011


Daulat Tuanku ! Pertabalan Yang Dipertuan Agong ke -14 


Pihak JKKKP dan seluruh rakyat jelata mengucapkan  tahniah, Menjunjung titah dan Merafak Sembah  kepada Kebawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah , DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,diatas pertabalan sebagai Yang DiPertuan Agong Malaysia yg ke 14.Seluruh rakyat jelata sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku agar dapat memerintah negara ini dengan adil dan saksama.Daulat Tuanku! 

 Tuanku Mizan Tamatkan Perkhidmatan Sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-13




Daulat Tuanku! dan Menjunjung Kasih !. Setelah lima tahun menerajui takhta kerajaan persekutuan selaku Yang Dipertuan Agong Ke 13, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini secara rasminya menamatkan pemerintahan baginda.Seluruh  
Yang Dipertuan Agong termuda dalam sejarah negara itu akan digantikan dengan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang Dipertuan Agong Ke 14.
Serentak itu berlangsung istiadat keberangkatan balik Tuanku Mizan dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Majlis bermula seawal jam 9 pagi di Istana Negara, dengan Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah menerima ucapan perpisahan dari kakitangan istana.


Dan disusuli dengan ucapan perpisahan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor ketika majlis mengadap Yang Dipertuan Agong.

Ketika berangkat meninggalkan Istana Negara, baginda melintasi pasukan kawalan kehormat oleh  Batalion ke-6 Rejimen Renjer Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 45 anggota lain-lain pangkat yang diketuai Mejar Mohd Zaffar Ismail. Bagi pihak JKKKP dan seluruh rakyat jelata ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada baginda dan sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 84, seterusnya akan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Sunday, November 20, 2011

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433

JKKKP Kongsi mengucapkan kepada muslimin dan muslimat selamat menyambut MAAL HIJRAH 1433.
Semoga dengan kedatangan tahun baru ini dapat memberi semangat dan meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNYA. Di harap para muslimin muslimat dapat bersatu padu dalam menghadapi cabaran di masa akan  datang, dan mengekalkan keharmonian sesama umat islam di negara kita.

Sunday, September 4, 2011

PUASA SUNAT DI BULAN SYAWAL


PUASA ENAM

PUASA ENAM IBARAT PUASA SETAHUN
Alhamdulillah kita tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan 1433H akan datang.
Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.
Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Nabi Muhammad saw. bersabda “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh.”
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha’ di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha’ puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?
Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.
Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.
Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.
Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.
Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.
Ada juga pendapat menggariskan : `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.
Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `setiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.
Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.’
Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.
Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.
Di antara tanda kita mengasihi akan Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingati / menyebut) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah. Mana yang dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati menyintai nabi dan para ulama, insyallah kita bersama mereka di akhirat . Bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan penyanyi? Nauzubillah…
Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.
“Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya..” Amin.
Wallahualam.

Sunday, August 28, 2011



JKKKP KONGSI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE -54 DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2011 KEPADA SELURUH MUSLIMIN & MUSLIMAT,  MAAF ZAHIR BATIN, SALAM AIDILFITRI DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Monday, August 1, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAAN AL MUBARAK  KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. Di kesempatan ini pihak JKKKP Kongsi mengharapkan agar dibulan Ramadan ini, marilah kita banyakkan amal ibadat semoga kita semua diberkati Allah di bulan yang penuh barakah ini. Insyallah.....

Sunday, July 10, 2011

LUPAKAH KITA PADA SALAH SATU PEGANGAN RUKUN NEGARA?


ATAU AKAN HILANGKAH KUASA RAJA-RAJA MELAYU ? !  ALANGKAH SEDIHNYA JIKA SEBUAH BANGSA DAN RAKYAT NYA SENDIRI SANGGUP MENJATUHKAN KUASA SEORANG RAJA YANG BERDAULAT KELUAR TERHINA DARI SEBUAH ISTANA YANG MERUPAKAN LAMBANG KEMEGAHAN DAN KEDAULATAN SESEBUAH NEGARA.fIKIR-FIKIRLAH WAHAI BANGSAKU!  JANGAN DI ULANG PEPATAH..MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI!!! SEDARLAH TANPA SEBUAH NEGARA YANG BERDAULAT TAK MUNGKIN KITA AKAN HIDUP AMAN  DAN DAMAI DI SAMPING MENGECAPI SEGALA NIKMAT CIPTAAN TUHAN.SEMOGA KITA KEMBALI KE PANGKAL JALAN DAN KEMBALI BERSATU!  SALAM 1 MALAYSIA

Tuesday, July 5, 2011

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Mengenai Perhimpunan BERSIH 9 Julai 2011

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut :-
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran”Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.
Apakah titah Yang di-Pertuan Agong Mengenai larangan dan Perhimpunan BERSIH 9 Julai 2011 di pandang sebelah mata oleh pihak yang tdak bertanggungjawab ini !  Ini memang melampau apabila suatu kenytaan telah di keluarkan oleh pihak yang mempunyai kepentingan , Penderhaka ! Pengkhianat dan ingin melihat negara Malaysia bertuah ini hancur,kucar kacir seperti negara Thailand dan lain-lain .Berikut kenyataannya selepas titah YDP Pertuan Agong ini berlaku
" ia alat baru Politik BN Agong Bertitah Mengikut Kehendak Najib Razak "- P.Sugumaran DAP Perak


Memang kurang ajar dan biadap sikap si penderhaka ini.Tiada kah cara yang lebih terhormat atau beradab apabila bercakap dengan seorang Pemerintah Tertinggi Negara. Umum mengetahui perhimpunan Bersih ini adalah untuk menuntut Sistem Pilihan Raya yang lebih adil dan Telus daripada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Namun adakah dengan melakukan demostrasi jalanan akan menyelesaikan semua masalah? atau pihak penganjur ini mempunyai niat dan agenda tersembunyi di sebalik perhimpunan yang menjadikan rakyat sebagai kuda tunggangan?  Harus kita ingat negara ini adalah negara  demokrasi yang menjunjung tinggi perlembagaan dan amat menjunjung tinggi kuasa Raja-Raja melayu sebagai pemerintah tertinggi di negara ini? Sedarlah penderhakaan kepada YDP Agong pasti akan mengundang rasa amarah dan dendam kepada umat melayu dan masyarakat Malaysia amnya yang masih cintakan keamanan! Jangan bermain api. Jangan undang bahaya! jangan ancam pasukan keselamatan ! janga gugat keselamatan dan keharmonian negara ini! Jikalau tidak, Malaysia bukan tempat dalang-dalang durjana perhimpunan ini!  Dan di ingatkan sekali lagi jangan sampai sejarah peristiwa 13 Mei 1969 berulang! Cukuplah dngan persengketaan dan perseteruan di dalam percaturan politik! Adakah kita rela melihat keselamatan dan keamanan negara jadi pertaruhan! Pasti TIDAK! Kepada pasukan keselamatan negara jalankan tanggungjawab dan amanah rakyat dengan penuh rasa tanggungjawab dan jujur..rakyat pasti di belakang anda! insyallah ..DAULAT TUANKU!!!

Saturday, June 18, 2011

Pilihanraya masjid di seluruh Negeri Pulau Pinang dibatalkan

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telah menitahkan pilihanraya masjid di seluruh negeri Pulau Pinang ditangguhkan dan mengekalkan Jawatankuasa yang ada sehingga Disember 2012.Sebelum ini, masyarakat Islam Pulau Pinang membantah cadangan kerajaan negeri kerana dibimbangi pilihan raya yang diadakan itu akan memecah belahkan umat Islam di negeri ini.

Sebelum ini, Bernama melaporkan seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman melahirkan rasa kesal dan kecewanya dengan sikap Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kerana bertindak mengikut telunjuk kerajaan DAP Pulau Pinang yang terang-terangan merancang kehancuran dan memecah belah orang Melayu. Titah Tuanku itu katanya, tepat pada masanya dan sangat wajar demi memelihara perpaduan dan kemuafakatan umat Islam di Pulau Pinang.
Ini kerana senarai calon yang telah dikeluarkan secara berperingkat juga dilihat sebagai berat sebelah apabila kariah yang mempunyai kaitan dengan UMNO disingkirkan tanpa sebarang alasan kukuh, isu pilihanraya masjid ini yang telah dibatalkan oleh YDP Agong, dan dapat dirumuskan adalah bukti perjuangan UMNO selama ini iaitu menjaga kesucian agama Islam dengan pertahankan institusi masjid.Namun yang pasti tujuannya hanya satu tidak mahu menggunakan masjid sebagai platform pihak tertentu demi mengekalkan fungsi masjid sebagai tempat penyatuan ummah.

Friday, June 3, 2011


JKKP Kongsi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong Pada 4 Jun 2011.Daulat Tuanku!!

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU 2011

Pihak JKKKP Kongsi ingin mengucapkan kepada semua IBU-IBU di Malaysia SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU... buat anak-anak ingatlah kasih ibu membawa ke syurga.....

Thursday, April 28, 2011



 SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2011

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

Sunday, April 17, 2011




JAMUAN RAKYAT  YAB PM MALAYSIA BERSAMA RAKYAT DI BALIK PULAU

Pada 2 April 2011,  setelah  beberapa hari bergotong royong bertungkus lumus membuat persiapan , akhirnya masyarakat Balik Pulau telah berpeluang untuk bertemu dan meraikan ketibaan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia  ke  Balik Pulau.. Kunjungan beliau meninggalkan kenangan manis kepada seluruh penduduk di kawasan ini, kerana ia merupakan yang  lawatan untuk kali pertama di lakukan sejak beliau di lantik menjadi Perdana Menteri pada tahun 2008. Ini terbukti apabila  majlis jamuan PM bersama rakyat mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Terima kasih kepda semua warga  Balik Pulau yang terlibat !
salam 1 Malaysia ...

Tuesday, February 15, 2011





SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1432H kepada semua muslimin dan muslimat, semoga kita dapat menghayati pengorbanan Rasulullah S.A.W. dalam menyatu padu seluruh umat manusia.

Saturday, February 5, 2011

MAJLIS PERASMIAN UiTM KAMPUS
BALIK PULAU





Alhamdullillah pada 30hb Januari 2011 sejarah telah tercipta, UiTM P.Pinang Cawangan Kampus Balik Pulau disempurnakan perasmiannya oleh YAB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Kompleks Balik Pulau.Yang bulat tak kan datang bergolek yang pipih tak kan datang melayang.Terima kasih kepada YB Dato' Seri Dr Hilmi Hj Yahaya dimana cadangan beliau semasa Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Malaysia kini menjadi kenyataan, insyaallah kami warga Balik Pulau akan menjadikan UiTM P.Pinang Kampus Balik Pulau ini sebagai role model demi masa depan anak anak kami. Terima Kasih kepda Kerajaan Pusat, Penduduk Kampung Kongsi, GPMS, UMNO Bahagian B.Pulau, RELA, POLIS, KKTM, MRSM, Qariah Masjid Kongsi & semua yg terlibat.


Monday, January 24, 2011

Tahniah Datuk Lee Chong wei !


Datul Lee Chong Wei berjaya mengekalkan kejuaraannya di kejohanan Badminton Terbuka Malaysia semalam yang telah dimenanginya sejak tahun 2004.Tahniah Datuk Lee Chong Wei dan tahniah juga buat jurulatihnya , Datuk Misbun Haji Sidek .Malaysia Boleh!!!

Selamat Hari Thaipusam dan Selamat Tahun Baru Cina

Walaupun Pihak JKKKP Kongsi ingin mengucapkan selamat Hari Thaipusam untuk penganut agama Hindu yang di sambut pada 19 Januari 2011 yang lalu dan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina bagi kaum cina pada 3 Februari 2011 nanti...Gong Xi Fa Chai..


Salam 1 Malaysia

Friday, January 7, 2011

Selamat Tahun Baru

Walaupun agak terlewat JKKKP Kongsi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011...
Semoga bangsa negara dan agama kita terus terbela dan cemerlang gemilang dan terbilang...