Monday, January 24, 2011

Tahniah Datuk Lee Chong wei !


Datul Lee Chong Wei berjaya mengekalkan kejuaraannya di kejohanan Badminton Terbuka Malaysia semalam yang telah dimenanginya sejak tahun 2004.Tahniah Datuk Lee Chong Wei dan tahniah juga buat jurulatihnya , Datuk Misbun Haji Sidek .Malaysia Boleh!!!

Selamat Hari Thaipusam dan Selamat Tahun Baru Cina

Walaupun Pihak JKKKP Kongsi ingin mengucapkan selamat Hari Thaipusam untuk penganut agama Hindu yang di sambut pada 19 Januari 2011 yang lalu dan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina bagi kaum cina pada 3 Februari 2011 nanti...Gong Xi Fa Chai..


Salam 1 Malaysia

Friday, January 7, 2011

Selamat Tahun Baru

Walaupun agak terlewat JKKKP Kongsi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011...
Semoga bangsa negara dan agama kita terus terbela dan cemerlang gemilang dan terbilang...



Thursday, December 30, 2010

Tahniah Dan Syabas buat Pasukan Bola Sepak Negara ! 
PMalaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengistiharkan cuti pada 31 Disember 2010 sempena meraikan kejayaan pasukan bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010..Tahniah dan Syabas Diucapkan..wira-wira negara! Malaysia Boleh !


 






Tuesday, December 21, 2010

Selamat Menyambut Hari Natal

JKKKP Kongsi mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian.......
Salam 1 Malaysia......

Saturday, December 18, 2010

Program e-Komuniti Dan Pemantapan Kepimpinan Bersama JKKKP Pulau Pinang

Tempat  : The Regency Darul Aman Golf Resort Jitra, Kedah
Tarikh    : 17-19 Disember 2010
Anjuran  : Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
                Program Kerajaan Perseketuan


Objektif program ini adalah  untuk membentuk dan mengeratkan silatulrahim di antara pihak JKKKP dan juga pihak penganjur.Di samping itu objektif utama program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan latihan kepada para peserta tentang pembinaan blog dan fungsinya kepada masyarakat.Kesimpulannya,program seumpama ini wajar diteruskan berikutan perkembangan dunia IT kini yang semakin maju dan pantas.


Sejarah Balik Pulau Dan Uniknya Kongsi......

Pekan Kongsi 
Nama Pekan Kongsi berasal dari nama rumah-rumah panjang yang dipanggil "Kongsi" dan didiami oleh buruh-buruh Cina di kebun -kebun cengkih, buah pala dan getah di bukit-bukit. Seorang saudagar, Koh Seang Tat, telah menghadiahkan batu peringatan yang terletak di tengah-tengah pekan mengikut perjanjian, ia tidak boleh diubah ke mana-mana lagi. Batu tersebut dibina dalam tahun 1882. Sebidang tanah telah diwakafkan sebagai tanah perkuburan oleh pemiliknya yang juga berasal dari Satul tetapi tidak diperuntukkan kepada orang ramai. Sebaliknya, hanya orang-orang tertentu yang mempunyai pertalian dengan tuan tanah sahaja yang diizinkan.