Pekan Kongsi
Nama Pekan Kongsi berasal dari nama rumah-rumah panjang yang dipanggil "Kongsi" dan didiami oleh buruh-buruh Cina di kebun -kebun cengkih, buah pala dan getah di bukit-bukit. Seorang saudagar, Koh Seang Tat, telah menghadiahkan batu peringatan yang terletak di tengah-tengah pekan mengikut perjanjian, ia tidak boleh diubah ke mana-mana lagi. Batu tersebut dibina dalam tahun 1882. Sebidang tanah telah diwakafkan sebagai tanah perkuburan oleh pemiliknya yang juga berasal dari Satul tetapi tidak diperuntukkan kepada orang ramai. Sebaliknya, hanya orang-orang tertentu yang mempunyai pertalian dengan tuan tanah sahaja yang diizinkan.