Saturday, June 18, 2011

Pilihanraya masjid di seluruh Negeri Pulau Pinang dibatalkan

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telah menitahkan pilihanraya masjid di seluruh negeri Pulau Pinang ditangguhkan dan mengekalkan Jawatankuasa yang ada sehingga Disember 2012.Sebelum ini, masyarakat Islam Pulau Pinang membantah cadangan kerajaan negeri kerana dibimbangi pilihan raya yang diadakan itu akan memecah belahkan umat Islam di negeri ini.

Sebelum ini, Bernama melaporkan seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman melahirkan rasa kesal dan kecewanya dengan sikap Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kerana bertindak mengikut telunjuk kerajaan DAP Pulau Pinang yang terang-terangan merancang kehancuran dan memecah belah orang Melayu. Titah Tuanku itu katanya, tepat pada masanya dan sangat wajar demi memelihara perpaduan dan kemuafakatan umat Islam di Pulau Pinang.
Ini kerana senarai calon yang telah dikeluarkan secara berperingkat juga dilihat sebagai berat sebelah apabila kariah yang mempunyai kaitan dengan UMNO disingkirkan tanpa sebarang alasan kukuh, isu pilihanraya masjid ini yang telah dibatalkan oleh YDP Agong, dan dapat dirumuskan adalah bukti perjuangan UMNO selama ini iaitu menjaga kesucian agama Islam dengan pertahankan institusi masjid.Namun yang pasti tujuannya hanya satu tidak mahu menggunakan masjid sebagai platform pihak tertentu demi mengekalkan fungsi masjid sebagai tempat penyatuan ummah.

Friday, June 3, 2011


JKKP Kongsi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong Pada 4 Jun 2011.Daulat Tuanku!!