Thursday, December 30, 2010

Tahniah Dan Syabas buat Pasukan Bola Sepak Negara ! 
PMalaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengistiharkan cuti pada 31 Disember 2010 sempena meraikan kejayaan pasukan bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010..Tahniah dan Syabas Diucapkan..wira-wira negara! Malaysia Boleh !


 






Tuesday, December 21, 2010

Selamat Menyambut Hari Natal

JKKKP Kongsi mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian.......
Salam 1 Malaysia......

Saturday, December 18, 2010

Program e-Komuniti Dan Pemantapan Kepimpinan Bersama JKKKP Pulau Pinang

Tempat  : The Regency Darul Aman Golf Resort Jitra, Kedah
Tarikh    : 17-19 Disember 2010
Anjuran  : Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
                Program Kerajaan Perseketuan


Objektif program ini adalah  untuk membentuk dan mengeratkan silatulrahim di antara pihak JKKKP dan juga pihak penganjur.Di samping itu objektif utama program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan latihan kepada para peserta tentang pembinaan blog dan fungsinya kepada masyarakat.Kesimpulannya,program seumpama ini wajar diteruskan berikutan perkembangan dunia IT kini yang semakin maju dan pantas.


Sejarah Balik Pulau Dan Uniknya Kongsi......

Pekan Kongsi 
Nama Pekan Kongsi berasal dari nama rumah-rumah panjang yang dipanggil "Kongsi" dan didiami oleh buruh-buruh Cina di kebun -kebun cengkih, buah pala dan getah di bukit-bukit. Seorang saudagar, Koh Seang Tat, telah menghadiahkan batu peringatan yang terletak di tengah-tengah pekan mengikut perjanjian, ia tidak boleh diubah ke mana-mana lagi. Batu tersebut dibina dalam tahun 1882. Sebidang tanah telah diwakafkan sebagai tanah perkuburan oleh pemiliknya yang juga berasal dari Satul tetapi tidak diperuntukkan kepada orang ramai. Sebaliknya, hanya orang-orang tertentu yang mempunyai pertalian dengan tuan tanah sahaja yang diizinkan.

Majlis Perletakkan Tanda Arah Angin / Weather Vane


Program : Perletakan Tanda Arah Angin / Weather Vane
Tarikh : 23hb. Januari, 2010 Jam 10.00 pagi
Tempat : 'Roundabout' Balik Pulau


Mengikut sejarah In 1882, seorang ahli perniagaan yang kaya bernama Koh Seang Tatt telah membina tugu peringatan di bulatan/roundabout sebagai menyambut kedatangan Sir Frederick Weld (Governor of Malacca) ke Balik Pulau.

Program Korban Di Qaryah Kongsi

Tempat : Perkarangan Masjid At- Taqwa
Tarikh   : 17 November 2010
Masa    : 10 Pagi- 5 Petang


Program Gotong Royong Satu Malaysia

Tempat :Kongsi Paya  Kongsi
Tarikh   : 21 Februari 2010
Masa    : 5 petang -7 Malam


Program Jom Takbir Jelajah Kampung

Tempat : Seluruh Qariah Kongsi
Masa    : Selepas maghrib
Tarikh   : Malam Hari Raya Aidilfitri 2010


Program ini adalah julung kali diadakan bertujuan untuk merapatkan silatulrahim antara sesama penduduk disamping memuji kebesaran yang maha esa.Kesimpulannya program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. daripada semua pihak


Program Majlis Berbuka Puasa Dan Penyerahan Wang Zakat kepada fakir miskin

Tempat : Surau Mutaqin Taman Sri Indah Kongsi
 Masa   : 6 Petang - 9 Petang
Tarikh    : 21 Ogos 2010






Program ini di anjurkan bertujuan mengimarahkan lagi kedatangan Bulan Ramadhan Al Mubarak selain untuk merapatkan silatulrahim antara sesama muslim.Kesimpulannya program ini telah berjaya mencapai sasaran dan objektifnya.

CARTA ORGANISASI JKKKP KONGSI




Sukan Rakyat 2010

Tempat : Padang Bola Kongsi Balik Pulau
Masa    : 3 petang- 6.30 petang
Tarikh   : 10 Mei 2010




Program telah mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk setempat. Objektif program ini adalah untuk merapatkan silaturahim diantara satu sama lain selain menggalakkan rakyat mengamalkan cara hidup sihat.Kesimpulanya program di sifatkan ini telah berjaya mencapai sasarannya

Program Celik Komputer 2010

Tempat  :  Pusat Internet Desa Balik Pulau
Masa     :  8 Pagi hingga 12 Tengahari
Tarikh    :  21 Februari 2010






Program ini di anjurkan demi meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan teknologi IT di masa kini.Program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari rakyat tempatan khususnya.Di harap program ini dapat di tahun-tahun yang  seterusnya.Sekian

JKKKP KONGSI DI ALAM SIBER...

Assalamualaikum dan selamat datang ke laman blog JKKKP KONGSI, BALIK PULAU, PULAU PINANG.

Dengan penghasilan laman blog ini diharap dapat memberi informasi dan perkembangan aktiviti terkini di kawasan JKKKP KONGSI.Sehubungan dengan itu,  kepada semua pengunjung blog, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan ataupun cadangan untuk  JKKKP KONGSI sila email di kongsi04@gmail.com.

Sekian, terima kasih...



Friday, December 17, 2010

Peranan Dan Fungsi


1. JKKK sebagai badan perancang penentuan strategi dan pelaksanaan program program atau     projek projek pembangunan di dalam kampung .



2. JKKK menentukan senarai keutamaan projek projek pembangunan di dalam kampung.


3. JKKK sebagai badan penyelaras pelaksanaan program program dan projek projek pembangunan di dalam kampung.